Sebagai pengenalan, Projek Buku KTDI ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti KTDI. Projek buku ini dengan tajuk tentatif “Mengurus Kerencaman: Kesepaduan Sosial dalam Pengalaman Negatif” dijangka diterbitkan oleh salah sebuah penerbit tersohor pada tahun 2027. Penerbitan ini akan menyentuh persoalan kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia yang sentiasa berdepan dengan krisis, perbezaan dan pertentangan nilai. Setiap bab dalam penulisan akan memberi tumpuan kepada perkaitan antara kesepaduan sosial, kajian kes dan pengalaman Malaysia.
