Bengkel Buku 50 Tahun Shamsul AB di UKM: Panggilan Makalah untuk Felo-felo KITA

Tahun 2026 menandakan genap 50 tahun khidmat akademik Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, FASc di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Mei 1976. Sempena detik bermakna ini, Institut Kajian Etnik (KITA) menganjurkan sebuah bengkel buku dalaman KITA yang menumpukan perhatian pada kesan intelektual yang dicetuskannya. Bengkel ini dikhususkan untuk Felo-felo KITA, iaitu mereka yang selama ini bekerja rapat dengan gagasan beliau dalam penyelidikan, pengajaran dan penggubalan dasar. Makalah yang dibentangkan melalui bengkel ini akan dihimpunkan dalam sebuah buku suntingan.

Laporan Bengkel Pembentangan Makalah KTDI

Kursi Perpaduan Tun Dr. Ismail (KTDI), Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Makalah Siri 2 pada 9 hingga 10 September 2026 di Royale Chulan Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Bengkel dua hari satu malam ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Persediaan Makalah Siri 1 yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2026. Bengkel ini menjadi sebahagian daripada projek penulisan buku KTDI yang memberi tumpuan kepada isu kesepaduan sosial dan masyarakat di Malaysia.

Agama dalam Ruang Awam: Pengalaman Indonesia Pasca-Suharto

Siri Wacana KTDI Bil. 1/2026 telah dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 23 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat KITA, UKM. Wacana ini disampaikan oleh Prof. F. Budi Hardiman dari Universitas Pelita Harapan (UPH), Indonesia, dengan tajuk “Agama dalam Ruang Awam: Pengalaman Indonesia Pasca-Suharto”. Wacana ini menyentuh persoalan identiti dan pembinaan negara bangsa, khususnya peranan agama dalam masyarakat.

Projek Buku KTDI/GMSN: Panggilan Menulis Bab dalam Buku

Projek Buku KTDI/GMSN ialah panggilan penulisan bab buku bertema kesepaduan sosial melalui pengalaman negatif yang pernah ditempuhi oleh Malaysia. Program ini menghimpunkan 30 peserta terpilih, khususnya pascasiswazah, pensyarah, penyelidik dan aktivis sosial. Setiap peserta dikehendaki mengikuti bengkel persediaan manuskrip dan pembentangan makalah. Penulisan seetiap bab bertujuan meneliti bagaimana masyarakat Malaysia mengekalkan solidariti, menyesuaikan hubungan sosial, dan terus bertahan dalam cabaran mutakhir.