Membaca Shamsul A.B.: Pemikiran, Institusi Ilmu dan Dasar Awam

PANGGILAN MAKALAH
Khusus untuk Felo KITA

Tahun 2026 menandakan genap 50 tahun khidmat akademik Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, FASc di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Mei 1976. Sempena detik bermakna ini, Institut Kajian Etnik (KITA) menganjurkan sebuah bengkel buku dalaman KITA yang menumpukan perhatian pada kesan intelektual yang dicetuskannya.

Bengkel ini dikhususkan untuk Felo-felo KITA, iaitu mereka yang selama ini bekerja rapat dengan gagasan beliau dalam penyelidikan, pengajaran dan penggubalan dasar. Makalah yang dibentangkan melalui bengkel ini akan dihimpunkan dalam sebuah buku suntingan.

Ringkasnya, pemikiran Shamsul A.B. diwarnai dengan beberapa gagasan yang sejumlahnya kini digunakan secara meluas, antaranya authority-defined dan everyday-defined, colonial knowledge, nation-of-intent, stable tension, social cohesion, tri-concept of unity, agree to disagree, oppositionism dan mamakization.

Walau bagaimanapun, sumbangan beliau tidak terbatas kepada pembinaan konsep. Beliau juga terlibat secara langsung dalam pembinaan institusi ilmu, misalnya ATMA, IKON, KITA dan kertas cadangan penubuhan IKMAS, selain modul Hubungan Etnik dan Mata Pelajaran Umum (MPU).

Pada peringkat dasar awam, beliau menyumbang kepada Dasar Perpaduan Negara, Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021–2030, kajian Indeks Perpaduan Nasional dan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara. Oleh itu, pemikiran Shamsul A.B. wajar dibaca bukan sahaja sebagai konsep, tetapi sebagai wacana yang hidup dalam institusi dan dasar.

Bengkel ini tidak berhasrat untuk sekadar meraikan. Sebaliknya mengajak para Felo untuk menilai secara kritis, menguji dan mengembangkan gagasan Shamsul A.B. berdasarkan kepakaran masing-masing. Makalah boleh berbentuk analisis konseptual, kajian empirikal yang menerapkan pergelutan wacana yang ditempuhinya, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Penyertaan dan garis masa

Bengkel ini terbuka kepada Felo KITA sahaja. Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Peserta diminta menghantar deraf makalah sekurang-kurangnya 2000 patah perkataan.

  • Tarikh akhir abstrak: 15 Disember 2026
  • Tarikh akhir draf penuh (<2000 patah perkataan): 7 Januari 2026
  • Bengkel pemurnian makalah: 12-13 Januari 2026 (Royal Chulan Hotel, Seremban)
  • Penghantaran makalah akhir (6000 – 8000 patah perkataan): 1 Mac 2027

Abstrak boleh dihantar menerusi borang di bawah:

Borang Penyertaan

← Back

Thank you for your response. ✨

Buku-buku Shamsul AB (Terpilih):

Shamsul AB. 2022. Readings on Malaysia: Selected Essays by Shamsul A.B., (Ed) Anis Yusal Yusoff. Bangi: GMSN-KITA.

Shamsul AB. 2004. From British to Bumiputera Rule: Local Politics and Rural Development in Peninsular Malaysia. Singapore: ISEAS.

Shamsul AB. 2007. Budaya yang Tercabar. Kuala Lumpur: DBP.

Shamsul AB. 1990. Masyarakat Malaysia yang Membangun. Kuala Lumpur: DBP.

Shamsul AB. 1982. Daun-daun Kemarau. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing

Shamsul AB. RMK: 1977. Tujuan dan Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: DBP.

Leave a Reply