Sebagai pengenalan, Projek Buku KTDI ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti KTDI. Projek buku ini dengan tajuk tentatif “Mengurus Kerencaman: Kesepaduan Sosial dalam Pengalaman Negatif” dijangka diterbitkan oleh salah sebuah penerbit tersohor pada tahun 2027. Penerbitan ini akan menyentuh persoalan kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia yang sentiasa berdepan dengan krisis, perbezaan dan pertentangan nilai. Setiap bab dalam penulisan akan memberi tumpuan kepada perkaitan antara kesepaduan sosial, kajian kes dan pengalaman Malaysia.
Seminar 50 Tahun Shamsul AB di UKM: Panggilan Makalah
Projek Buku KTDI/GMSN ialah panggilan penulisan bab buku bertema kesepaduan sosial melalui pengalaman negatif yang pernah ditempuhi oleh Malaysia. Program ini menghimpunkan 30 peserta terpilih, khususnya pascasiswazah, pensyarah, penyelidik dan aktivis sosial. Setiap peserta dikehendaki mengikuti bengkel persediaan manuskrip dan pembentangan makalah. Penulisan seetiap bab bertujuan meneliti bagaimana masyarakat Malaysia mengekalkan solidariti, menyesuaikan hubungan sosial, dan terus bertahan dalam cabaran mutakhir.
Projek Buku KTDI/GMSN: Panggilan Menulis Bab dalam Buku