Tahun 2026 menandakan genap 50 tahun khidmat akademik Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, FASc di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Mei 1976. Sempena detik bermakna ini, Institut Kajian Etnik (KITA) menganjurkan sebuah bengkel buku dalaman KITA yang menumpukan perhatian pada kesan intelektual yang dicetuskannya. Bengkel ini dikhususkan untuk Felo-felo KITA, iaitu mereka yang selama ini bekerja rapat dengan gagasan beliau dalam penyelidikan, pengajaran dan penggubalan dasar. Makalah yang dibentangkan melalui bengkel ini akan dihimpunkan dalam sebuah buku suntingan.
Laporan Bengkel Pembentangan Makalah KTDI
Kursi Perpaduan Tun Dr. Ismail (KTDI), Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Makalah Siri 2 pada 9 hingga 10 September 2026 di Royale Chulan Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Bengkel dua hari satu malam ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Persediaan Makalah Siri 1 yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2026. Bengkel ini menjadi sebahagian daripada projek penulisan buku KTDI yang memberi tumpuan kepada isu kesepaduan sosial dan masyarakat di Malaysia.
Borneo (Sabah): Dimensi Sejarah, Budaya dan Bangsa
Apakah yang mampu menyatukan manusia tanpa berkata-kata? Sebuah alat muzik, sebuah memori, atau sebuah bayangan tentang bangsa yang ingin dibentuk bersama? Persoalan ini menjadi pintu masuk kepada Siri Wacana KITA Bil. 3/2026 yang bertemakan “Borneo (Sabah): Dimensi Sejarah, Budaya dan Bangsa”. Wacana ini dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Ogos 2026. Ia diadakan secara hibrid, iaitu bersemuka dan dalam talian, dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Mesyuarat KITA, Aras 4, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM.
Sejarah Rakyat sebagai Hegemoni Baru?
Program syarahan anjuran Pusat Sejarah Rakyat (PSR) dengan kerjasama Mandiri dan Under the Banana Tree adalah tepat pada masanya memandangkan dewasa ini terdapat perbahasan mengenai sejarah rakyat yang telahpun dirintis oleh beberapa pemikir di Malaysia seperti Syed Husin Ali, Abdul Rahman Embong dan mereka yang terlibat dalam PSR.
Agama dalam Ruang Awam: Pengalaman Indonesia Pasca-Suharto
Siri Wacana KTDI Bil. 1/2026 telah dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 23 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat KITA, UKM. Wacana ini disampaikan oleh Prof. F. Budi Hardiman dari Universitas Pelita Harapan (UPH), Indonesia, dengan tajuk “Agama dalam Ruang Awam: Pengalaman Indonesia Pasca-Suharto”. Wacana ini menyentuh persoalan identiti dan pembinaan negara bangsa, khususnya peranan agama dalam masyarakat.
Laporan Bengkel Penyediaan Makalah KTDI
Sebagai pengenalan, Projek Buku KTDI ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti KTDI. Projek buku ini dengan tajuk tentatif “Mengurus Kerencaman: Kesepaduan Sosial dalam Pengalaman Negatif” dijangka diterbitkan oleh salah sebuah penerbit tersohor pada tahun 2027. Penerbitan ini akan menyentuh persoalan kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia yang sentiasa berdepan dengan krisis, perbezaan dan pertentangan nilai. Setiap bab dalam penulisan akan memberi tumpuan kepada perkaitan antara kesepaduan sosial, kajian kes dan pengalaman Malaysia.
Laporan FGD – Kompetensi Akademia
Global Malaysian Studies Network (GMSN) mewakili Pengarah KITA telah menyertai Perbincangan Kumpulan Bertumpu (FGD) yang diadakan di Bangi Resort Hotel pada 31 Mac 2026. FGD ini bertemakan “Kompentesi Akademia dalam Pembangunan Dasar melalui Penyelidikan dan Projek Perundingan.” Program ini dianjurkan oleh UTM Encouragement Grant. Selain UKM, FGD ini disertai oleh beberapa universiti utama di Malaysia. Ini termasuklah UM, USM, UTM dan UPM.
Projek Buku KTDI/GMSN: Panggilan Menulis Bab dalam Buku
Projek Buku KTDI/GMSN ialah panggilan penulisan bab buku bertema kesepaduan sosial melalui pengalaman negatif yang pernah ditempuhi oleh Malaysia. Program ini menghimpunkan 30 peserta terpilih, khususnya pascasiswazah, pensyarah, penyelidik dan aktivis sosial. Setiap peserta dikehendaki mengikuti bengkel persediaan manuskrip dan pembentangan makalah. Penulisan seetiap bab bertujuan meneliti bagaimana masyarakat Malaysia mengekalkan solidariti, menyesuaikan hubungan sosial, dan terus bertahan dalam cabaran mutakhir.
Public Lecture in University of Cambridge by Distinguished Professor Shamsul A.B.
Founding Director of KITA (Institute of Ethnic Studies), Distinguished Professor Datuk Dr Shamsul Amri, FASc will deliver a public lecture on to mark the occasion of the centenary of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, arriving at St Catharine’s to study law. The lecture, which is organised by the Malay World Studies at St Catharine’s College, will be held on the 10th of March, 2023. His lecture, titled “Social Cohesion in Malaysia: Agree to Agree, Agree to Disagree” will begin at 17:00 at McGrath Centre, St Catharine's College.
