Tajuk Buku: Mengurus Kerencaman: Kesepaduan Sosial dalam Pengalaman Negatif (Working Title)

Abstrak Buku
Buku ini menyentuh persoalan kesepaduan sosial dalam masyarakat meskipun mereka berdepan dengan krisis, perbezaan dan pertentangan nilai. Lumrahnya, masyarakat secara tabii bersifat mandiri (self-description) kerana bentuknya bersandarkan struktur, budaya dan jaringan yang sudahpun mapan. Justeru, kesepaduan sosial (social cohesion) tidak sewajarnya difahami sebagai ketiadaan konflik, tetapi sebagai kemampuan masyarakat mengurus diri sendiri berdasarkan corak pengalaman sosial mereka. Dalam konteks Malaysia, kesepaduan sosial amat penting kerana masyarakat majmuk tidak bergantung semata-mata pada peranan kerajaan, institusi rasmi, dasar awam atau slogan politik. Sebaliknya, kesepaduan sosial tersebut sangat berkait rapat dengan proses harian dalam masyarakat—yang menghubungkan setiap individu, kumpulan, dan komuniti—ke arah pembentukan solidariti sosial (Emile Durkheim), sama ada secara organik mahupun mekanik. Lantaran itu, buku ini dirangka agar kesepaduan sosial di Malaysia difahami sebagai proses rekursif, iaitu suatu keadaan apabila setiap tragedi, insiden, peristiwa—termasuk ketegangan etnik, perdebatan agama, perubahan politik dan peredaran zaman—kembali menjadi faktor pendorong kepada penyusunan semula hubungan sosial yang sedia ada. Dengan itu, kesepaduan sosial bukan bererti keseragaman atau ketunggalan dalam masyarakat, tetapi kemampuan untuk melangsungkan kehidupan bersama (co-existence) yang kemudiannya membolehkan masyarakat terus berfungsi. Hal ini dari suatu sudut boleh diterangkan dengan beberapa konsep seperti imagined community (Ben Anderson), conceptualising the nation (Anthony Milner), nation-of-intent (Shamsul Amri Baharuddin), envisioning the nation (Abdul Rahman Embong), yang semuanya bertujuan untuk menjelaskan “what is holding society together” (Dick Baecker). Pendekatan seperti ini menawarkan kerangka yang lebih sesuai untuk memerihalkan cabaran Malaysia—yang bersifat kosmopolitan—yang dewasa ini berdepan dengan segala kerencaman. Ini sekali gus menjadikan projek perpaduan nasional (national unity) bukan sebagai keadaan pegun, tetapi sebagai projek berterusan yang sentiasa dirunding, diuji dan diperbaharui dalam ruang awam Malaysia (Juergen Habermas).
Apakah tema-tema penulisan?
Penulisan setiap bab memberi tumpuan kepada perkaitan antara kesepaduan sosial, kajian kes dan pengalaman Malaysia. Wacana kesepaduan sosial telahpun dibincangkan oleh beberapa pemikir tempatan dan antarabangsa. Selain itu kerangka teori sokongan boleh menggunakan pelbagai bahan seperti wacana mengenai kajian Malaysia (Shamsul A.B., Abdul Rahman Embong, Francis Loh, Syed Husin Ali, Syed Hussein Alatas, dll), konsep peristiwa (event) (Jeffrey C. Alexander, Robin Wagner-Pacifici, dll), nasionalisme (Ben Anderson, Anthony Smith, Earnest Gellner, Eric Hobsbawm, dll), teori kelas (Karl Marx), teori sistem (Niklas Luhmann, Dick Baecker), teori demokrasi deliberatif (Juergen Habermas), teori pengakuan (Axel Honneth) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kajian kes digalakkan menyentuh mengenai pelbagai peristiwa negatif (bersifat tragedi, traumatik dan bermasalah) dalam pengalaman Malaysia seperti Insiden 13 Mei 1969, peristiwa Memali, operasi Lalang, pembantaian Batang kali, pembantaian Sook Ching, Zaman Darurat, Reformasi 1998, pemberontakan al-Maunah, pencerobohan Lahad Datu, pandemik Covid-19 dan sebagainya. Kesimpulan dari setiap bab menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia dapat bertahan dan berkembang dalam setiap cabaran tersebut meskipun melalui pelbagai konflik.
Siapa yang dijemput menulis?
Projek buku ini mengundang semua yang berminat, terhad untuk 30 peserta yang memohon dan terpilih sahaja. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada para pelajar pascasiswazah, pensyarah, penyelidik, dan aktivis sosial. Tarikh tutup pendaftaran pada 1 Jun 2026. Penulisan bab dalam buku ini menggunakan Bahasa Melayu. Manakala buku ini dicadangkan untuk diterbitkan oleh UKM Press. Pendaftaran untuk menyumbang tulisan menerusi borang di bawah.
Syarat penyertaan
Setiap peserta DIWAJIBKAN menyertai dua bengkel. Ini termasuklah:
Bengkel 1: Bengkel Persediaan Makalah
Bengkel Persediaan Manuskrip yang menampilkan Abdul Rahman Embong, Shamsul A.B., F. Budi Hardiman dan John Roosa sebagai pensyarah tamu. Bengkel secara fizikal ini akan membantu para peserta mengenai persoalan kaedah, alat dan bahan dalam mengamati kesepaduan sosial di Malaysia.
Bengkel 2: Bengkel Pembentangan Makalah
Bengkel Pembentangan Makalah. Bengkel secara fizikal ini merupakan sesi pembentangan makalah masing-masing.
Kedua-dua bengkel ini adalah percuma untuk peserta yang terpilih. Butiran bengkel-bengkel tersebut adalah seperti di bawah.
Bengkel Persediaan Makalah
Tarikh: 23-26 Jun 2026
Tempat: Bilik mesyuarat KITA, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
| Perkara | Masa | ||
| (23 Jun 2026) (Selasa) | |||
| Pendaftaran Bengkel | 9:00 pagi – 9:30 pagi | Urusetia | Pendaftaran peserta |
| Pengenalan Kursus | 9:30 pagi – 9:45 pagi | Ramze Endut | Pengenalan bengkel |
| 9:45 pagi – 10:00 | Shamsul A.B. | Ucapan alu-aluan Pengarah KITA | |
| Kuliah 1 | 10:00 pg – 1130 pg | Abdul Rahman Embong | Negara-Bangsa : Gagasan dan Praktik Merentasi Liku-liku Zaman |
| Kuliah 2 | 1130 pg – 1:00 tgh | Shamsul A.B | Mimpi Negara-Bangsa |
| 1:00 tgh – 2:00 ptg | Makan tengahari | ||
| 2:00 ptg – 4:00 ptg | F. Budi Hardiman | Siri Wacana KITA: Agama dalam Ruang Awam: Pengalaman Indonesia Pasca-Suharto | |
| (24 Jun 2026) (Rabu) | |||
| Kuliah 3 | 9:00 pg – 10:50 pg | F. Budi Hardiman | Kuliah 1: Marxisme dan Teori Kritis |
| 10:50 pg – 11:05 pg | Minum pagi | ||
| Kuliah 4 | 11:05 pg – 1:00 tgh | F. Budi Hardiman | Kuliah 2: Teori Kritis Generasi Pertama: Horkheimer, Adorno, dan Marcuse |
| 1:00 tgh – 2:00 ptg | Makan tengahari | ||
| 2:00 ptg – 5:00 ptg | Penilai 1. Shamsul A.B. (KITA) 2. Zaini Othman (KITA) | Sesi pembentangan abstrak | |
| (25 Jun 2026) (Khamis) | |||
| Kuliah 5 | 9:00 pg – 10:50 pg | F. Budi Hardiman | Kuliah 3: Teori Kritis Generasi Kedua: Habermas |
| 10:50 pg – 11:05 pg | Minum pagi | ||
| Kuliah 6 | 11:05 pg – 1:00 tgh | F. Budi Hardiman | Kuliah 4: Teori Kritis Pasca Habermas |
| 1:00 tgh – 2:00 ptg | Makan tengahari | ||
| 2:00 ptg – 5:00 ptg | Penilai 1. Shamsul A.B. (KITA) 2. Zaini Othman (KITA) | Sesi pembentangan abstrak | |
| (26 Jun 2026) (Jumaat) | |||
| Kuliah 7 | 8:30 pg – 10:20 pg | John Roosa | Events and Non-events in the Writing of History |
| 10:20 pg – 10:35 pg | Minum pagi | ||
| Kuliah 8 | 10:35 pg – 12:30 pg | John Roosa | Analysis and Storytelling in Writing Histories of Violence |
| 12:30 tgh – 1:00 tgh | Makan tengahari |
Bengkel Pembentangan Makalah
Tarikh: 4-6 September 2026
Tempat: TBD
Tarikh-tarikh penting
| 1 Jun 2026 | Tarikh akhir pendaftaran penyertaan |
| 23-26 Jun 2026 | Bengkel Persediaan Makalah |
| 1 September 2026 | Tarikh serahan deraf akhir bab dalam buku |
| 4-6 September 2026 | Bengkel Pembentangan Makalah |
| 2027 | Buku diterbitkan |
Biografi Para Pensyarah

F. Budi Hardiman merupakan profesor di Universitas Pelita Harapan (UPH), dan sebelum ini pernah berkhidmat di Sekolah Tinggi Filsafat (STF) Driyarkara. Sehingga ini beliau telahpun menulis 17 buku falsafah antara lain ialah, Kritik-Ideologi (1989), Heidegger dan Mistik Keseharian (2003), Demokrasi Deliberatif (2009), Seni Memahami (2015), Aku Klik Maka Aku Ada (2021), dan Kebenaran dan Para Kritikusnya (2023).

Abdul Rahman Embong merupakan profesor emeritus dalam sosiologi Pembangunan di Intitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), University Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah menjadi Presiden Malaysian Social Science Association (2000-2010) dan Ketua Editor Akademika, sebuah jurnal UKM berkenaan kajian kemanusiaan. Beliau telah menulis pelbagai buku termasuklah yang terkini menyunting buku Tokoh-tokoh Pejuang Rakyat.
Shamsul Amri Baharuddin merupakan profesor ulung yang kini menjadi Pengasas-Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), University Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara karya terpentingnya ialah From British to Bumiputera Rule: Local Politics and Rural Development in Peninsular Malaysia, Readings Malaysia, selain rangkaian artikel akademik tentang “Malayness”, identiti nasional dan masyarakat plural di Malaysia. Sebagai catatan beliau pernah menerima anugerah Akademik Fukuoka, Jepun.


John Roosa bertugas di University of British Columbia yang memberi tumpuan kepada sejarah Indonesia, keganasan politik, dan politik ingatan. Beliau ialah penulis Pretext for Mass Murder: The September 30th Movement and Suharto’s Coup d’État in Indonesia serta Buried histories: The anticommunist massacres of 1965–66 in Indonesia, dua karya penting yang meneliti peristiwa keganasan 1965–1966 di Indonesia dan dampak politiknya yang berpanjangan.
Bacaan Lanjut
Abdul Rahman Embong. 2002. State-Led Modernisation and the New Middle Class in Malaysia. Basingstoke: Palgrave Macmillan.
Abdul Rahman Embong. 2015. “Revisiting Malaya: Envisioning the Nation, the History of Ideas and the Idea of History.” Inter-Asia Cultural Studies 16 (1): 9–23.
Abdul Rahman Embong. 2018. Ethnicity and Class: Divides and Dissent in Malaysian Studies, Southeast Asian Studies 7 (3), 281-307.
Abdul Rahman Embong. 2000. Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit UKM.
Anderson, Ben. (1996). Imagined Communities: reflections on the origin and spread of
nationalism. London: Verso.
Alexander. Jeffrey C. 2012. Trauma: A Social Theory. Cambridge, UK: Polity.
Baecker, Dick. 2011. What is Holding Societies Together? On Culture Forms, World Models, and Concepts Of Time, Criticism Winter 53(1): 1–22.
F. Budi Hardiman. 2005. Memahami Negativitas: diskursus tentang massa, teror, dan trauma. Jakarta: Kompas.
F. Budi Hardiman. 2025. Jiwa Kolektif: Rampaian Fenomena Massa. Bangi: Kawah Buku.
Gellner, Ernest. 1983. Nations and Nationalism. Oxford: Blackwell.
Hobsbawm, E. (1990). Nations and Nationalism since 1780. Cambridge: Cambridge
University Press.
Hobsbawm, E. & Ranger, T. O. (Eds). 2012. The Invention of tradition. Cambridge : Cambridge University Press.
Milner, Anthony. Abdul Rahman Embong and Tham Siew Yean (Eds.). 2014. Transforming Malaysia: dominant and competing paradigms. Singapore: ISEAS.
Milner, Anthony. 2002. The Invention of Politics in Colonial Malaya. Cambridge: Cambridge University Press.
Roosa, John. 2006. Pretext for Mass Murder: The September 30th Movement and Suharto’s Coup D’Etat in Indonesia. Madison: University of Wisconsin Press. (Versi Indonesia: Dalih Pembunuhan Massal)
Roosa, John. 2020. Buried histories: The anticommunist massacres of 1965–66 in Indonesia. Madison: University of Wisconsin Press. (Versi Indonesia: Riwayat Terkubur)
Shamsul A. B. 2001. “A History of an Identity, an Identity of a History: The Idea and Practice of ‘Malayness’ in Malaysia Reconsidered.” Journal of Southeast Asian Studies 32 (3): 355–66.
Shamsul A. B. 2008. Many Ethnicities, Many Cultures, One Nation: The Malaysian Experience. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 2. Bangi: Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul, A. B. (1996). “Nations-of-Intent in Malaysia,” in Asian Forms of the
Nation, edited by Stein Tonnesson and Hans Antlov, London: Curzon and
Nordic Institute of Asian Studies (323-47).
Shamsul, A. B. (2003). Membina Bangsa Malaysia [Building a Malaysian Nation), Vol. 1, 2 & 3,
Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara [co-edited with Rahimah A.Aziz, Abdul
Rahman Embong, Mohamed Yusoff Ismail, KamaruddinM.Said].
Shamsul, A. B. (2011). “Reconnecting the Nation and the State‟: The Malaysian Experience”,
in Shamsul A.B.: His Observations, Analyses and Thoughts”, edited by Anis Yusal Yusoff.
Bangi: Institute of Ethnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
Shamsul, A. B., and Daud, S. (2006). “Nation, Ethnicity and Contesting Discourse
in the Malaysian State” in State Making in Asia, edited by Richard Boyd and TakWing Ngo, London and New York: Routledge (131-140).
Smith, Anthony D. 1991. National Identity. London: Penguin Books.
Wagner-Pacifici, Robin. 2017. What is an event? Chicago: The University of Chicago Press.
Perhubungan:
Ramze Endut, Ph.D
Penyelaras-Bersama GMSN merangkap Pengurus KTDI
ramze@ukm.edu.my

